Ceramah Advokasi (Keselamatan Siber) bersama pelajar PT3 SMK Taman Tunku
15 Oktober 2019 | Aktiviti TerkiniPada 14 Oktober 2019 yang lalu, Pusat Internet Peliau Bungai bersama Pusat Internet Lambir, Pusat Internet Permyjaya, dan Pusat Internet Luak telah dijemput untuk mengadakan ceramah Advokasi yang bertajuk Keselamatan siber kepada pelajar PT3 SMK Taman Tunku. Cerama yang berlansung selama 2 jam ini turut diselitkan dengan beberapa aktiviti selingan seperti Kuiz KDB, serta pengenalan kepada Myfreeview. Seramai 80 orang pelajar dan 6 orang guru pengiring telah menghadiri ceramah ini yang mana bertujuan untuk memberi kesedaran kepada para pelajar tentang keselamatan siber, buli siber, hendap siber, perkongsian melampau serta kesannya kepada pengguna media sosial.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: